RAG 132 Penghantar Alam Bina &
Penempatan
Manusia

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai
makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek
ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap
sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat
boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
- Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
- Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci
dan bersih terhadap agama.
- Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
- Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Manusia
yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.
Dari
segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya.
Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup. Tetapi dari
segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:
- Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia.
Agama
dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya terjawab oleh
akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya
adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini.
- Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.
Agama merupakan satu faktor dalam
pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan
sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.
- Memainkan fungsi kawalan sosial.
Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan.
Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.
Saya percaya
kepada agama Islam dan Al-Qran dan Al-Sunnah menjadi panduan hidup dunia dan akhirat. Agama Islam terbahagi kepada dua golongan,
iaitu golongan Sunah Waljamaah dan Syiah.Golongan
Sunah Waljamaah merupakan golongan terbesar di dalam Islam. Golongan ini juga dikenali sebagai Sunnis atau Sunnites
oleh masyarakat Barat. Golongan Sunah Waljamaah terdiri daripada 70%-85% orang Islam di seluruh dunia. Manakala Syiah
atau Shi'a (شيعى) merujuk kepada satu aliran dalam Islam yang mengagungkan Ali bin Abi Thalib dan keturunannya. Golongan
ini berpendapat Ali patut menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Golongan ini merupakan golongan yang kedua terbesar dalam Islam selepas Sunah.
|