NAMA KUMPULAN
" DYNAMIC"
Kami sebulat suara memilih "Dynamic" sebagai nama kumpulan
kami kerana ia melambangkan ciri-ciri ahli kumpulan yang bertenaga, berpengetahuan dan berkemahiran serta sentiasa berkembang
mengikut peredaran masa, saling bekerjasama dan mempunyai daya pemelajaran yang tinggi.
MOTO KUMPULAN
" YOU CAN'T DEPEND ON YOUR EYES WHEN YOUR IMAGINATION
IS OUT OF FOCUS"
Moto yang kami pilih ini mempunyai maksud yang amat mendalam.Untuk
menghayati sesebuah hasil karya ataupun hasil kerja, bukanlah sekadar menggunakan mata kasar untuk memerhati, menilai
dan menghayati.
Sebaliknya memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk menggambarkan
atau menghayati nilai-nilai esestika sesebuah hasil karya atau hasil kerja.
Sekiranya kita kehilangan daya imaginasi, maka kita tidak dapat
menghayati dan menilai kualiti sesebuah hasil dengan sepenuhnya.
hah... bertengkaq apa tu?
|
Bersatu
Mencapai Kejayaan
NIAT
Untuk menghasilkan sebuah tiang dan menegakkannya
di perkarangan HBP pada tarikh, masa dan tempat yang telah diamanahkan. Penghasilan tiang tersebut hendaklah berkos rendah.
LAKU
Proses penghasilan tiang dimulakan dengan
merancang kaedah penghasilan, jenis bahan yang perlu digunakan, corak tiang dan kos terlebih dahulu.Setelah mempunyai kaedah-kaedah
yang telah dirancang, maka tugas pencarian bahan dilakukan. Kemudiannya, kerja penghasilan tiang dilakukan dengan segera.
HASIL
Hasil daripada komitmen kesemua ahli
kumpulan, maka tiang telah berjaya dihasilkan mengikut rancangan kami. Tiang berjaya ditegakkan pada masa dan tempat yang
telah ditetapkan. Hasil tiang kami dapat dilihat pada gambar-gambar di atas.
PERANAN DAN TUGAS SAYA....
Saya menjawat jawatan sebagai pengurus
projek, justeru tugas utama saya adalah untuk memantau setiap kerja penghasilan tiang dan memastikan tiang tersebut dapat
diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu saya juga bertugas untuk mereka dan menghasilkan business card
kumpulan kami serta menyediakan kertas kerja. Saya juga turut membantu menghasilkan dan menegakkan tiang.
Disebabkan kumpulan kami kesemuanya terdiri
daripada puteri-puteri, maka kami terpaksa bekerja keras untuk merialisasikan niat kami. Tetapi kami amat bertuah kerana terdapat
beberapa jejaka yang sudi menghulurkan bantuan ketika kami mengalami kesulitan.
Di sini Tini ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu kami.
THANK YOU
|