Masalah Perumahan di Malaysia
Perumahan
adalah satu masalah penting Negara yang melibatkan banyak perkara sosial, ekonomi dan politik. Terdapat banyak masalah yang
berkaitan dengan perumahan yang menyebabkan kajian mengenainya adalah penting dan usaha untuk mengatasinya samada oleh pihak
swasta mahupun kerajaan.
Perumahan kos rendah adalah satu usaha komprehensif kerajaan untuk mengatasi masalah
golongan yang berpendapatan rendah. Malangnya sering menimbul dua masalah utama iaitu masalah pembinaan rumah kos rendah dan
masalah perumahan kos rendah itu sendiri. Justeru, masalah-masalah ini menyebabkan pelbagai
kesulitan dalam pembinan dan penyediaannya terutama skim perumahan kos rendah.
Masalah-masalah
tersebut boleh diringkaskan sebagai yang berikut:
Permintaan dan Penawaran
Permintaan
terhadap rumah kos rendah meningkat jauh lebih besar dari penawaran rumah tersebut semenjak dari Rancangan Malaysia
ke tiga.
Penawaran Rumah Kos Rendah
Penawaran rumah kos rendah tidak pernah mncukupi. Pembinaan rumah kos rendah adalah tidak memuaskan berpunca
dari kekurangan kapasiti, proses terkawal dalam mencari tanah ang bersesuaian dan penangguhan dalam menyediakan infrastruktur
penggenap. Kekurangan tanah yang sesuai dan penawaran rumah yang terhad ini menyebabkan kawasan
setinggan bertambah.
Bahan Binanan
Seringkali
berlakunya kekurangan bahan mentah disebabkan oleh kenaikan mendadak industri pembinaan ini.
Kekurangan Tanah
Tanah seperti juga komoditi yang lain telah menjadi rebutan untuk tujuan spekulasi. Keadaan ini menyebabkan
harga tanah meningkat dan seterusnya ia menjadi masalah yang paling utama yang dihadapi
oleh sector swasta dan awam dalam pembinaan atau penyediaan rumah kos rendah
Prosedur Birokratik
Pembanguan perumahan yang aktif telah menyebabkan beban kerja yang bertambah kepada agensi kerajaan tertentu
berkaitan dengan pembinaan perumahan, masalah kekurangan kakitangan ini bertambah dengan
prosedur yang panjang dan sukartelah menyebabkan tertangguhnya banyak projek dan kelulusan pelan.