RAG 132 Penghantar Alam Bina &
Penempatan
Manusia

Pernahkah terlintas dalam fikiran anda siapakah pentadbir bumi? Bagaimanakah kaedah atau cara pentadbirannya…?
Sebenarnya tidak pernah sekali pun soalan ini terlintas dalam fikiran saya… Tiba-tiba sahaja
soalan sedemikian diajukan oleh pensyarah saya dan kami terpaksa mencari jawapannya. Pelbagai kaedah
telah saya gunakan untuk mencari jawapan ini, tetapi pelbagai pihak, pelbagai bahan rujukan, pelbagai lapisan masyarakat memberikan jawapan yang berlainan. Justeru… saya telah membuat satu kesimpulan.
Dalam konteks keagamaan, sudah tentu Tuhanlah yang merupakan
pentadbir bumi dan Tuhanlah yang berkuasa ke atas bumi ini. Sedangkan manusia hanya merupakan khalifah yang menggunakan, memelihara
dan memulihara hasil bumi ini. Oleh itu manusia haruslah sentiasa bersyukur ke atas apa yang diperolehnya.

Manakala
dalam sistem bumi pula, pentadbir atau pemerintahnya terdiri daripada manusia sendiri. Pentadbir-pentadbir ini dikelaskan
mengikut organisasi pemerintahan atau skala pemerintahan yang berbeza-baza. Kelas-kelas pemerintahan
yang berbeza menunjukkan kuasa pemerintahan yang berbeza. Sebagai contoh, pentadbir di peringkat
mukim hanya mentadbir sebahagian atau kawasan yang kecil berbanding dengan pentadbir negara.
Sistem pemerintahan yang berperingkat ini dapat memudahkan kerja-kerja mentadbir, tetapi kadang-kala
terdapat percanggahan atau pergolakan dalam sistem pemerintahan disebabkan terlalu ramai pentadbir dan sering berlaku kedaan
di mana sesetengah pemerintah tidak bersatu, mempunyai perasaan yang ingin menakluk kawasan orang lain,
tamak, iri hati dan sebagainya. Justeru kita sering terdengar berita-berita berkenaan rusuhan,
pergaduhan, peperangan dan sebagainya.
Kesimpulannya, pentadbir hanya perlu
memainkan peranan masing-masing dalam bidang atau kuasa pemerintahan masing-masing. Sikap bertoleransi dan amanah adalan
amat penting. Jangan membiarkan perasaan-perasaan negatif menguasai diri sendiri dan ingatlah bahawa bumi
ini bukan milik kita. Manusia hanya perperanan sebagai khalifah sahaja.
|