Siapa mentadbir bumi?

Home
Tugasan 1
Tiang Sedap
Nota Kasar
Masalah Perumahan
Kejadian Manusia & Kisah Nabi Adam
Siapa mentadbir bumi?
Skala Alam Bina
Kepercayaan

RAG 132  Penghantar Alam Bina &

                 Penempatan Manusia

kagaya8.jpg

            Pernahkah terlintas dalam fikiran anda siapakah pentadbir bumi? Bagaimanakah kaedah atau cara pentadbirannya…?

 

            Sebenarnya tidak pernah sekali pun soalan ini terlintas dalam fikiran saya… Tiba-tiba sahaja soalan sedemikian diajukan oleh pensyarah saya dan kami terpaksa mencari jawapannya. Pelbagai kaedah telah saya gunakan untuk mencari jawapan ini, tetapi pelbagai pihak, pelbagai bahan rujukan, pelbagai lapisan masyarakat memberikan jawapan yang berlainan. Justeru… saya telah membuat satu kesimpulan.

 

            Dalam konteks keagamaan, sudah tentu Tuhanlah yang merupakan pentadbir bumi dan Tuhanlah yang berkuasa ke atas bumi ini. Sedangkan manusia hanya merupakan khalifah yang menggunakan, memelihara dan memulihara hasil bumi ini. Oleh itu manusia haruslah sentiasa bersyukur ke atas apa yang diperolehnya.

 

nature_wallpapers-006.jpg

          Manakala dalam sistem bumi pula, pentadbir atau pemerintahnya terdiri daripada manusia sendiri. Pentadbir-pentadbir ini dikelaskan mengikut organisasi pemerintahan atau skala pemerintahan yang berbeza-baza. Kelas-kelas pemerintahan yang berbeza menunjukkan kuasa pemerintahan yang berbeza. Sebagai contoh, pentadbir di peringkat mukim hanya mentadbir sebahagian atau kawasan yang kecil berbanding dengan pentadbir negara.

 

            Sistem pemerintahan yang berperingkat ini dapat memudahkan kerja-kerja mentadbir, tetapi kadang-kala terdapat percanggahan atau pergolakan dalam sistem pemerintahan disebabkan terlalu ramai pentadbir dan sering berlaku kedaan di mana sesetengah pemerintah tidak bersatu, mempunyai perasaan yang ingin menakluk kawasan orang lain, tamak, iri hati dan sebagainya. Justeru kita sering terdengar berita-berita berkenaan rusuhan, pergaduhan, peperangan dan sebagainya.

 

            Kesimpulannya, pentadbir hanya perlu memainkan peranan masing-masing dalam bidang atau kuasa pemerintahan masing-masing. Sikap bertoleransi dan amanah adalan amat penting. Jangan membiarkan perasaan-perasaan negatif menguasai diri sendiri dan ingatlah bahawa bumi ini bukan milik kita. Manusia hanya perperanan sebagai khalifah sahaja.