Masalah Perumahan

Home
Tugasan 1
Tiang Sedap
Nota Kasar
Masalah Perumahan
Kejadian Manusia & Kisah Nabi Adam
Siapa mentadbir bumi?
Skala Alam Bina
Kepercayaan

kagaya044.jpg

RAG 132  Penghantar Alam Bina &

                 Penempatan Manusia

Definisi Rumah dan Perumahan

 

iRumah adalah keperluan asa yang perlu ada bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat berlindung dan merupakan keperluan peringkat ke dua yang mesti cicapai untuk tujuan keselamatan sebelum keperluan-keperluan dalam peringkat yang lebih tinggi dipenuhi. Rumah sebagai keperluan diri dan keluarga, ia merupakan sempadan fizikal yang memisahkan satukeluarga dengan keluarga yang lain.

 

Perumahan pula didefinisikan sebagai satu siri rumah-rumah yang disatukan di sebuah kawasan petempatan. Di dalam unsure perumahan, terdapat beberapa subunsur rumah-rumah dengan segala kemudahan fizikal seperti kedai-kedai, sekolah dan sebagainya. Di kawasan perumahan, masyarakat hidup berkelompok dn bersosialisasi antara satu sama lain.

 

 

Definisi dan Konsep Rumah Kos Rendah

 

Rumah kos rendah juga seringkali dikenali sebagai rumah kerajaan, rumah murah, rumah kilat dan sebagainya. Tidak ada satu pun nama khas untuk rumah jenis ini.

 

Kajian mengenai perumahan kos rendah di Negara dunia ke tiga merumuskan terdapat dua jenis perumahan kos rendah iaitu jenis konvensional yang merangkumi perumahan awam dan swasta, manakala perumahan bukan konvensional pula iaitu perumahan setinggan di kawasan-kawasan sesak dan terbina.

 

620296451.jpg

Masalah Perumahan di Malaysia

 

Perumahan adalah satu masalah penting Negara yang melibatkan banyak perkara sosial, ekonomi dan politik. Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan perumahan yang menyebabkan kajian mengenainya adalah penting dan usaha untuk mengatasinya samada oleh pihak swasta mahupun kerajaan.

 

Perumahan kos rendah adalah satu usaha komprehensif kerajaan untuk mengatasi masalah golongan yang berpendapatan rendah. Malangnya sering menimbul dua masalah utama iaitu masalah pembinaan rumah kos rendah dan masalah perumahan kos rendah itu sendiri. Justeru, masalah-masalah ini menyebabkan pelbagai kesulitan dalam pembinan dan penyediaannya terutama skim perumahan kos rendah.

 

Masalah-masalah tersebut boleh diringkaskan sebagai yang berikut:

 

Permintaan dan Penawaran

Permintaan terhadap rumah kos rendah meningkat jauh lebih besar dari penawaran rumah tersebut semenjak dari Rancangan Malaysia ke tiga.

 

Penawaran Rumah Kos Rendah

Penawaran rumah kos rendah tidak pernah mncukupi. Pembinaan rumah kos rendah adalah tidak memuaskan berpunca dari kekurangan kapasiti, proses terkawal dalam mencari tanah ang bersesuaian dan penangguhan dalam menyediakan infrastruktur penggenap. Kekurangan tanah yang sesuai dan penawaran rumah yang terhad ini menyebabkan kawasan setinggan bertambah.

 

Bahan Binanan

Seringkali berlakunya kekurangan bahan mentah disebabkan oleh kenaikan mendadak industri pembinaan ini.

 

Kekurangan Tanah

Tanah seperti juga komoditi yang lain telah menjadi rebutan untuk tujuan spekulasi. Keadaan ini menyebabkan harga tanah meningkat dan seterusnya ia menjadi masalah yang paling utama yang dihadapi oleh sector swasta dan awam dalam pembinaan atau penyediaan rumah kos rendah

 

Prosedur Birokratik

Pembanguan perumahan yang aktif telah menyebabkan beban kerja yang bertambah kepada agensi kerajaan tertentu berkaitan dengan pembinaan perumahan, masalah kekurangan kakitangan ini bertambah dengan prosedur yang panjang dan sukartelah menyebabkan tertangguhnya banyak projek dan kelulusan pelan.

351072257.jpg

MERUMAHKAN (menyediakan rumah kepada penghuni/dihuni)

 

(i)                Bagi Kunci

(ii)              Struktur dan Isi ( structure and infill )

(iii)            Rumah Teras ( core house )

(iv)            Tapak dan Perkhidmatan ( site and survices )

(v)              Beri Tanah